PROGRAM MHI TV3 RAYA MACAM DULU DULU DI PUSAT JAGAAN AL – FIKRAH BERSAMA REAL BARBER ACADEMY

PROGRAM LATIHAN KHAS KURSUS GUNTING RAMBUT

Pada 23 Julai 2023 (Ahad), Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas buat pelatih dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sg. Besi.

Seramai 5 orang pelatih PUSPEN, 1 orang alumni SAO telah menghadiri program ini.

Program ini merupakan satu pendedahan awal tentang barbering yang di anjurkan oleh Selangor Youth Community (SAO).

PROGRAM REAL ACADEMY X PUSPEN DITAJA SELANGOR YOUTH COMMUNITY

PROGRAM LATIHAN KHAS KURSUS GUNTING RAMBUT

Pada 23 Julai 2023 (Ahad), Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas buat pelatih dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sg. Besi.

Seramai 5 orang pelatih PUSPEN, 1 orang alumni SAO telah menghadiri program ini.

Program ini merupakan satu pendedahan awal tentang barbering yang di anjurkan oleh Selangor Youth Community (SAO).

PROGRAM REAL ACADEMY X JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

PROGRAM SKILL & CAREER(CSO)

Pada 11 Jun 2023 – Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas buat pelatih Perintah Khidmat Masyarakat(PKM).

Seramai 16 orang pelatih telah menghadiri program ini. Program ini merupakan satu pendedahan awal tentang barbering yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL).

PROGRAM REAL ACADEMY X SEKOLAH TUNAS BAKTI DITAJA YAYASAN HABIB

Pada 8 Mei 2023, Yayasan Habib dan Real Academy telah bekerjasama dalam memberi latihan gunting rambut kepada pelajar-pelajar di Sekolah Tunas Bakti Sg Besi.

Latihan ini disertai oleh 5 orang pelajar bagi batch yang pertama. Latihan ini juga adalah langkah pertama untuk menarik minat dan memberi peluang kepada pelajar  untuk membentuk arah tuju di masa hadapan sebagai seorang pekerja dan usahwan barber yang berjaya

 

BARBER BATTLE ANJURAN REAL ACADEMY

Pada 27 Mac 2022, Real Academy telah menganjurkan pertandingan Real Barber Battle kategori Fastest Fade di Kipmall Bangi.

Pertandingan ini disertai oleh barber seluruh Malaysia. Seramai 42 Orang peserta dan keseluruhan yang hadir hampir 300 orang.

Barber battle merupakan satu pertandingan untuk menguji bakat seseorang barber menghasilkan gaya rambut ‘Skinfade’ yang paling terbaik dalam masa yang singkat (20 minit).

Ini merupakan event pertama yang telah kami jalankan setelah 3 tahun Real Academy.

Event ini juga ditaja khas oleh jenama terkenal di Malaysia iaitu Andis dan Retrobee. Jutaan tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

MODERN BARBERING CLASS ANDIS X REAL ACADEMY

Pada 8 September 2022, Andis Malaysia dan Real Academy telah bekerja sama untuk mengadakan kelas ekslusif Modern Barbering khas buat semua bekas pelajar Real Academy.

Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu terkini dan perkongsi pengalaman oleh tn Wafie Zainal (Andis Global Educator) yang telah lebih 10 tahun di dalam industri ini.

Setiap peserta juga menerima Sijil daripada Andis Global.

 

COPY THE CUT ANDIS

Pada 28 September 2022, Real Academy telah menghadiri ke Copy The Cut Barber Battle yang dianjurkan oleh Andis Malaysia di KLCC.

Program ini disertai oleh barber seluruh asia termasuk Educator dan Ambassador Andis dari Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Kami telah membawa seramai 10 orang pelajar dari Real Academy. Ini bertujuan untuk pelajar mencari pengalaman dan belajar di program barber yang terbesar di malaysia ini. Selain itu, dapat memberi semangat kepada semua pelajar bahawa industri gunting rambut ini boleh dibawa hingga ke peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Andis juga membuat Kelas ‘Look and Learn’ yang diajar sendiri oleh Educator dan Ambassador Andis. Ini dapat memberi imu ‘Advance’ buat semua pelajar Real Academy.

 

PROGRAM GUNTING RAMBUT & SUMBANGAN MAKANAN 

Pada 1 November 2022, Pertubuhan Sahabat Setia Malaysia Cawangan Selangor telah bekerjasama dengan Real Academy  menganjurkan Program gunting rambut dan sumbangan makananan di Pusat Jagaan Al Fikrah Sg Sekamat Kajang.

Program ini dihadiri oleh Presiden Pesabat, 12 orang ahli Pesabat dan 10 orang dari Real Academy.

 

Modul Zero to Hero terbukti berkesan lebih 300 peserta telah kami bantu dan berjaya dalam industri menggunting rambut
Program

>      Road Tour 2 Days

>      Basic

>      Premier

>      Ultimate

Hubungi

Real Academy, 15-1 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

(+6) 017 934 5634

realbarberacademy@gmail.com