Tentang Kami
Real Barber Academy (RBA) telah ditubuhkan pada Mac 2019. RBA adalah program kursus gunting rambut lelaki. Program ini diwujudkan bagi membantu mereka yang ingin belajar kemahiran menggunting rambut dan seterusnya bersaing dalam membentuk arah tuju mereka di masa hadapan.
Program kemahiran gunting rambut ini mengambil masa selama 7 – 16 hari. Anda akan dilatih oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman dalam industri.
Penyertaan dan sambutan yang menggalakkan terutama dari dalam Malaysia dan luar negara (Indonesia) telah menjadi insipirasi untuk kami terus membantu. Matlamat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai tukang gunting rambut dan usahawan yang berjaya mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang membanggakan meliputi segenap aspek.
Kami percaya anda mampu berjaya di masa hadapan bersama Real Academy
Dengan ilmu menggunting rambut, anda dapat menjana pendapatan secara separuh atau sepenuh masa di mana mana sahaja, sama ada bekerja atau membuka perniagaan sendiri.
Modul Zero to Hero terbukti berkesan lebih 300 peserta telah kami bantu dan berjaya dalam industri menggunting rambut
Program
> Road Tour 2 Days
> Basic
> Premier
> Ultimate
Hubungi
Real Academy, 15-1 Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
(+6) 017 934 5634
realbarberacademy@gmail.com